Wednesday, 6 December 2017
Ditahan gara-gara silap terjemah
BAITULMAQDIS 23 Okt. – Gara-gara kesilapan sebuah perisian terjemahan dalam Facebook yang menterjemah ayat ‘selamat pagi’ dalam bahasa Arab kepada ‘serang mereka’, seorang penduduk Palestin telah ditahan oleh polis Israel.
Pihak polis Israel mengesahkan telah tersilap menahan lelaki Palestin itu kerana status tersebut sebelum membebaskannya selepas didapati berlaku kesilapan dalam penterjemahan ayat itu.
Akhbar Haaretz melaporkan, lelaki berkenaan telah memuat naik gambarnya yang sedang bersandar pada sebuah jentolak di kawasan Beitar Ilit iaitu tempat dia bekerja di Tebing Barat.
Di bawah gambar itu, lelaki itu telah menulis perkataan ‘selamat pagi’ tetapi perisian terjemahan dalam Facebook menterjemah perkataan itu sebagai ‘serang mereka’ dalam bahasa Hebrew dan ‘cederakan mereka’ dalam bahasa Inggeris.
Tidak dapat dipastikan punca kesilapan terjemahan itu kerana pada dasarnya tiada persamaan antara ungkapan ‘selamat pagi’ dalam bahasa Arab dengan bahasa Hebrew atau bahasa Inggeris.
Polis yang dimaklumkan tentang status berkenaan telah menahan lelaki itu minggu lalu namun membebaskannya beberapa jam kemudian selepas menyedari kesilapan mereka.
Akhbar berkenaan turut melaporkan, status dalam Facebook itu telah dipadamkan selepas kejadian berkenaan. – AFP
Applikasi redONE 1app
Apa itu redONE 1App?
RedONE 1App merupakan satu applikasi yang di sediakan untuk pengguna redONE bagii menguruskan akaun dengan mudah di mana-mana sahaja mereka berada.
Fungsi yang terdapat dalam redONE 1App?
- Semak Baki semasa
- Semak maklumat bil
- Semak penggunaan data dan baki data
- Membuat pembelian "data top up"
- Permintaan kredit limit
- Semak bayaran bulanan
- Promosi redONE
- Hadiah redONE
- Pertanyaan
- Lokasi agen
Cara Download and Install
- Semak Baki semasa
- Semak maklumat bil
- Semak penggunaan data dan baki data
- Membuat pembelian "data top up"
- Permintaan kredit limit
- Semak bayaran bulanan
- Promosi redONE
- Hadiah redONE
- Pertanyaan
- Lokasi agen
Cara Download and Install
Langkah 1: Buka Google Play Store di telefon pintar anda
Langkah 2: Cari “redONE 1App”
Langkah 3: Klik redONE 1App & seterusnya klik “INSTALL”
Langkah 1: Buka Google Play Store di telefon pintar anda
Langkah 2: Cari “redONE 1App”
Langkah 3: Klik redONE 1App & seterusnya klik “INSTALL”
Subscribe to:
Posts (Atom)